Setelah 2 hari PRK Parlimen Ulu Selangor blog ni pun timbul sbbnya kerana pemilik rasa sangat kagum dgn genetik anjing yang sangat kuat deria menghidunya.. kerana ketika PRK US berlasung selain drpd unit2 anjing PDRM, terdapat juga unit anjing luar kawasan US yg mempunyai genetik deria bau yg lebih kuat dari anjing2 PDRM. Maka demi kekaguman aku itulah, lalu aku buat blog ini. Walaupun bergitu aku masih lagi bergenetik Melayu

Ahad, Ogos 29, 2010

Biarkan lah mereka.. teruskanlah..

Kalau mereka berkata org bukan Islam kenalah tutup kepala klu nok masuk masjid/surau.. biarkan mereka kerana mereka jahil amat, mereka bercakap mengikut perasaan, tunjuk je gambar first lady mereka, katakan pada mereka, sungguh bukan Islam wajib tutup kepala bila nak masuk masjid/surau tapi org Islam tak apa sebab mereka sudah Islam, dan ada golongan seperti gambar di atas mereka tidak perlu tutup kepala bukan saja dimasjid malah dimana2 sekali pun kerena mereka bukan termasuk daripada org mukalaf iaitu org yg diberati syarak, boleh jadi mereka itu masih belum mumayis, atau mereka itu drpd kanak2 yg blum baligh (walaupun klu kita tengok, sama besor dgn kerek telaga) atau mereka itu mmg dari golongan yg belum sampai seruan Islam.

Bergitu juga sekiranya ada yg berkata org yg bukan Islam tidak dibenarkan memasuki surau/masjid, biarkan mereka kerena mereka itu tidak mengetahui atau mereka amat2 berpura2 jahil, atau mereka drpd org yg menjaga pandangan manusia melebahi pandangan Allah, walaupun mereka itu drpd golongan yg menjawat jawatan tertinggi majlis2 agama, walaupun mereka menjadi penasihat kpd org2 besar.. biarkan dan tinggalkan mereka.. jgn hiraukan mereka.. mengakulah dihadapan mereka.. sungguhti, Islam melarang bukan Islam memasuki masjid, lihat saja zaman nabi, tak pernah pun kita dengar kita dengar nabi mengislamkan org bukan islam ketika itu didalam masjib nabi, kita pun dok pernah dengar org kafir masuk masjid nabi untuk mendengar ceramah nabi, bergitu juga kalau bertemu nabi.. betul lah pendapat mereka bertempatan sungguh dengan syariat Islam, bergitu juga dgn pendapat iman2 mazhab. mereka lah yg sebenar..dan sekiranya mereka merasa insaf mereka akan membetulkan kenyataan kita itu atau mereka biarkan saja bergitu..

Biarkan mereka.. terukan lagi aktiviti kita, sekiranya ada lagi org Islam yg perlu kita bawa masuk ke dlm masjid atau surau maka teruskan, kalau mereka masih lagi tak mahu faham dan kiranya perlu tambah aktiviti yg melibatkan org bukan Islam di surau dan masjid, tambah, sekali mereka marah dua aktiviti seumpama itu kita kena tambah, biar mereka jadi terpinga2.. lawan arus mereka.. kita ikut arus kita.. jangan kerena kejahilan mereka kita berhenti disini, nanti mereka akan berkata merekalah yg benar, dan kita seolah2 membenarkan pendapat mereka.. mereka musuh politik kita jadi kenapa mereka perlu mengatur aktiviti2 parti kita.. biarkan mereka.. selama ini pun kita tidak pernah mendengar mereka, ini kan pula pada perkara yg tidak dilarang syarak, malah semasa nabi, tak pernah kita (aku) dengar hadis mabi melarang org bukan Islam memasuki masjid nabi, mereka memasuki Islam didalam masjid nabi, mereka berhujjah dgn nabi didalam masjid nabi, mereka mendengar pidato nabi dari dalam masjid nabi, mereka juga meeting dgn nabi didlm masjid nabi. Sekiranya perbuatan itu dilarang syarak maka adakah mereka beranggapan bahawa nabi mendiamkan perbuatan mungkar berlaku dengan membenarkan bukan islam memasuki masjid?

Kulasahnya.. biarkan mereka.. teruskan aktiviti kita.. kalau perlu tambah, tambah lagi aktiviti kita.. biar mereka dengan rasa sakit hati dan dengki mereka... sekiranya aktiviti kita akan menambah sakit hati mereka, tambah lagi.. biar mereka terus rasa sakit hati.. dan kita jangan sekali2 berhenti kerana mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan