Setelah 2 hari PRK Parlimen Ulu Selangor blog ni pun timbul sbbnya kerana pemilik rasa sangat kagum dgn genetik anjing yang sangat kuat deria menghidunya.. kerana ketika PRK US berlasung selain drpd unit2 anjing PDRM, terdapat juga unit anjing luar kawasan US yg mempunyai genetik deria bau yg lebih kuat dari anjing2 PDRM. Maka demi kekaguman aku itulah, lalu aku buat blog ini. Walaupun bergitu aku masih lagi bergenetik Melayu

Ahad, Mei 02, 2010

Hikayat Anjing Meronwangsa

baca kat sini kemudian kat sini

ceritanya.. pada zaman dahulu kala, ada seekor anjing yang berkurap2, berbulu jarang-jarang, kerjanya merayau-rayau tampa tujuan. hidupnya hanya ditepi2 tong sampah dan longkang mencari makanan. terjelir2 dan menyalak siang dan malam. lalu dijumpai oleh seorang manusia, diambil anjing tersebut, lalu dibersihkan, dishampoo bulunya, diberi makan cukup2. berkhidmatlah ia dengan tuannya dengan penuh patuh. lama kelamaan anjing itu mula lupa diri. dirasa dirinya sangat hebat. dia mula menyalak tidak tentu pasal kembali. bukan saja pencuri yg datang rumah tuannya disalak malah semua saudara-mara tuannya disalak juga. 

Kerana boring dan menyampah dgn sikap suka menyalak macam anjing gila itu, lalu dibuang kembali oleh tuannya, apabila ia mengetahui akan hal itu, menjilat2lah ia akan tangan tuannya, menyesal dan merayu supaya tidak dicampak kembali ditepi2 longkang dan tong sampah. tapi tuannya tetap dengan keputusannya.

kerana sakit hati dan dendam, disalak bekas tuannya itu siang dan malam. melihat akan hal itu datanglah musuh bekas tuannya mencampak makanan dan tulang kepada anjing itu supaya dia terus boleh menyalak dan mengganggu bekas tuannya itu. tidak lah ia dibawa balik kerumah, kerana niat musuh bekas tuan nya itu adalah supaya dia boleh terus menyalak-nyalak bagai anjing gila akan bekas tuannya. hidupnya kembali seperti dulu, ditepi2 longkang dan tong sampah cuma lebih baik sedikit kerana ada org yang sentiasa mencampak sisa2 makan dan tulang2 kepadanya. ia akan terus menyalak bekas tuannya dan menjelirkan lidah kepada org yg mencampakkan sisa makanan dan tulang kepadanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan